Monday, 31 December 2012

Dear MOM =)


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)






dear mak ,
acik teringin nak ckp dkt mak pasal DnT
acik teringin nak share mcm2 pasal islam dkt mak
acik teringin nak share perasaan2 dan penat lelah yg acik alami dalam jalan ni ...
acik teringin nak dengar nasihat2 mak ...
acik selalu fikir kadang2 ALLAH letak acik dlm jalan ni sbb ALLAH terima doa mak supaya acik jadi anak yg solehah ...
acik teringin nak mak doakan acik terus kuat dalam jalan ini ...
mak , how i wish i can hold your hands and enter Jannah with you =`)




Thursday, 27 December 2012

Sahabat =)


Buat sahabat ,
Bukan niat diri ini untuk melarikan diri ...
Bukan niat diri ini untuk sentiasa mem`busy`kan diri ...
InsyaALLAH , suatu hari nanti anda akan faham ...
Faham dengan jalan sebenar ini ...
Faham kenapa selalu diri ini x bersama seperti dulu , walaupun sebenarnya kita dipisahkan dengan hanya beberapa kilometer...
Jalan ini menuntut pengorbanan masa dan tenaga ...
Jalan ini menuntut perahan otak yang super saiya ...
Jalan ini menuntut diri untuk memikirkan hal umat lebih dari diri sendiri ...
Jalan ini menuntut masa lapang untuk diisi dengan pembacaan buku-buku lebih dari buku akademik itu sendiri ...
Kerana melalui jalan ini aku mengharap redha ALLAH itu ...
Kerana melalui jalan ini aku mengharap syurga ALLAH itu ...
^_^


" Wahai orang-orang beriman! Penuhilah seruan ALLAH dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH membatasi antara manusia dan hatinya sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan ." -[8:24]

Thursday, 13 December 2012

Infiru !




" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ".-[9:41]




Sungguh perasaan ini lain
Tidak sama bila mana saya ditentukan...
untuk menjadi vice pres badar di mrsm dulu
untuk menjadi naqibah utk kelas kefahaman al-qur`an seperti di matrikulasi dulu
tapiii ...
untuk tapisan ALLAH kali ini ...
sungguh berat tugas ini ...
sungguh bukan senang untuk melaksanakan tugas seorang khalifah itu ...
tapi itulah jalan yang perlu dilalui utk sebuah nilai syurga yg tidak ternilai ...


ALLAH HURABBI =`) , kuatkan kami semua , moga kami terus tsabat dijalanmu ini ~
doaku buat adik-adik df yg mendapat kakak usrah baru , moga ALLAH buka hati kalian utk mengenal islam melalui kakak2 hebat pilihan ALLAH . besar pengharapanku untuk melihat kalian semua ditarbiyyah dengan sebaik-baik tarbiyyah daripada ALLAH =)

Tuesday, 4 December 2012

Masa itu telah berlalu

Alhamdulillah , baru balik shopping dengan usrahmate =)
bole la buat aktiviti baru dlm usrah , shopping bersama usrahmate =)
tadi tgh shopping , tgh kepenatan cari baju yg hendak di beli ...
seorang sahabat ckp ...

sahabat : ni rasa mcm nak merajuk ni ... kalau dulu merajuk ada orang dtg bilik pujuk kan miza , sekarang xde dahh
me : =)

i know she means a deep meaning ...
hanya mampu senyum sbb ...
x rasa nk teruskan ayat tu ...
x nak spoil mood waktu tu ...

hanya mampu pujuk diri ...
ALLAH knows best =)

" Orang-orang yang kurang akal di antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka (Muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (berkiblat) kepadanya?"Katakanlah (Muhammad), "Milik ALLAH-lah timur dan barat; Dia Memberi petunjuk kepada siapa yang Dia Kehendaki ke jalan yang lurus".
-[2:142]

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sungguh, (pemindahan kiblat) itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH. Dan ALLAH tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh ALLAH Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia . [2:143]





                                       I know you miss this moment , me too =`)