Thursday, 18 April 2013

Trust HIS plan =)

" miza ni seorang yang suka senyum . first time mia jumpa miza , mia x sangka pun kita sebaya , bila mia tanye miza batch berapa , miza jawab miza batch 29 , pastu mia tanye second year la ni ? , miza jawab batch 29 refresher . dan muka miza masa tu tenang sangat , mcm sgt redha dgn benda tu semua . "

description salah seorang adik usrah ku tentang diri ini .
aku hanya mampu senyum , dan aku tahu semua mata adik2 usrah aku tertumpu pada ku .

" ALLAH bagi miza datang sini awal setahun dari korang , pastu ALLAH ambil 6 bulan je balik , insyaALLAH =) "

dan usrah malam tu sungguh banyak muhasabah diri.

perasaan yang sama ALLAH kurniakan kepada diri ini semasa berusrah bersama kakak usrah yang pertama.


" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Sungguh ALLAH berserta orang-orang yang sabar " -[2:153]

Friday, 12 April 2013

Akhawat OSEMMMM =)



Semoga ALLAH jaga kalian dimana pun kalian berada. Rinduuuu kalian kerana ALLAH =). Doaku supaya kita semua dipertemukan di syurga , insyaALLAH. #Akhawat osem GURU ; manipal , bangalore , mysore , karat , kolar , devangere , mangalore , belgaum =)

Tuesday, 9 April 2013

Masalah ukhuwah

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu ; " Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, setan itu (selalu) menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sungguh, setan adalah musuh yang nyata bagi manusia"-[17:53]

Semenjak balik dari GURU haritu , masalah ukhuwah datang dari pelbagai arah ,
diri sendiri mahupun dikalangan rakan2 sekeliling
yang lebih parah apabila ,
akhawat sendiri yg mencetuskan masalah atau
usrahmate sendiri yg cari pasal
dan dari pengamatan ku masalah ini bermula bila kita sendiri kurang sensitif dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita ....
ya mungkin kita akhawat ...
tapi x bermakna bole cakap x bertapis ...
kita sendiri diajar dalam gerabak dakwah ini untuk menegur orang secara berhikmah ...
dan aku pandang masalah ini tidak lain dan tidak bukan hanya akan menyebabkan lambatnya pergerakkan dakwah ini ...
mana tidaknya bila dah terasa dgn akhawat , mula la x nak bertegur sapa , nk bincang pasal gerak kerja dakwah pun jadi susah ...
Untuk akhawat semua , jika benar kita sayangkan dakwah ini , berusahalah yg terbaik utk memastikan kelancaran dakwah ini ...
Elakkan masalah ukhuwah dalam gerabak ini , cuba la sedaya upaya utk tidak mengguriskan hati orang lain sekalipun kita terpaksa berdiam diri demi menjaga hati sahabat kita. Jika ingin tegur , tegur la secara berhikmah , tidak perlu dgn kata-kata yang kasar ataupun dihadapan orang lain ...
Bagiku hidup sebagai seorang khalifah itu haruslah 24 jam , dari sekecil-kecil perkataan kita sehingga sebesar-besar perbuatan kita biarlahh ia mampu menyumbang dalam kelangsungan dakwah ini =)

selamat berlapang dada ukhti semua , semoga ALLAH redha dengan mujahadah kita ini =)

Thursday, 4 April 2013

hanya untuk ALLAH =)

"Kat memana pun , yakin laa yang ALLAH akan letakkan kite kat situasi yg akan buatkan kite lagi dekat dgn Dia " -Kak Shu

antara whatsapp kak shu tadi ...
satu perkara yang aku belajar dari kakak ini , merepek mcm mane pun dalam setiap conversation kiteroorg , dia mesti akan bagi satu ayat yang mampu buat aku berfikir . berfikir .

bila mana kita yakin setiap jalan yang disusuri dalam hidup ini mampu bawa kita dekat kepada ALLAH , sebenarnya kita telah meletakkan matlamat segalanya yang jelas hanya untuk ALLAH , sesuai dengan niat kita , buat kerana ALLAH =)

sweetnya ALLAH ni bila dia meletakkan kita dalam sesuatu situasi itu untuk nampak Dia , untuk ingat dkt Dia , untuk meletakkan segala penilaian dengan penilaian yang Dia redhai iaitu berdasarkan al-Qur`an dan sunnah .

dan semuanya akan kita tunjuk dekat ALLAH balik ...


" ALLAH hendak Memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia dicptakan bersifat lemah " -[4:28]

Tuesday, 2 April 2013

berlapang dada =)


ALLAH ingin didik hati ini untuk hilangkan segala attachment pada dunia
ALLAH ingin didik hati ini supaya tidak bergantung kepada manusia
ALLAH ingin didik hati ini supaya tidak terlalu sayang kepada harta dunia
ALLAH ingin didik hati ini supaya meletakkan 100% pergantungan hanya kepadaNYA

#one of my fovurite kakak dalam addeens masuk group usrah lagi satu. semoga ALLAH jaga dan tarbiyyah beliau dengan sebaik-baik tarbiyyah. i love you fillah =)