Thursday, 11 July 2013

Buat Murabbiku =)


Sebenarnya aku selalu lihat beliau penat ketika menyampaikan usrah , tapi masih lagi menguntumkan senyuman buat anak2 usrahnya ...
Doaku moga terus diberi kekuatan utk menyampaikan usrah pada kami...=)
Kadang-kadang aku selalu lihat beliau penat mengahadapi hari-harinya sampai terbongkang merata-rata kadang-kadang diatas lanatai , kadang2 di atas sofa ...
Doaku moga beliau diberi kerehatan secukupnya utk bekalan tenaga menyebarkan dakwah ...=)
Kadang-kadang aku selalu melihat , anak2 usrahnya yang seramai 11 orang berebut untuk qadhaya , sampai perlu mengalah kerana merasakan masalah akhawat lain mungkin lebih besar dan perlu diqadhayakan ...
Doaku moga beliau diberi kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang terbaik untuk dakwah ...=)
Kadang-kadang aku nampak kerisauan yang terpancar pada raut wajah beliau , risau memikirkan perihal anak2 usrahnya , risau perihal dakwah dan banyak lagi ...
Doaku moga ALLAH tunjukkan jalan keluar untuk segala kerisauan yang dialami ...=)
Kadang-kadang aku melihat air matanya tumpah dalam menghadapi mehnah-mehnah dalam jalan dakwah ini...
Doaku moga beliau diberi kekuatan jasmani dan rohani oleh ALLAH untuk terus menyebarkan dakwah diatas muka bumi ini ...=)


                                               Sanah Helwa Ukhti Maryam Jinal =)
Semoga ALLAH terus beri kekuatan kepada maryam untuk mentarbiyah hati-hati diluar sana dengan islam . Kekuatan yang sama seperti ALLAH kurniakan kepada maryam ibu isa untuk mengahadapi segala mehnah dan cacian yang hadir dari kaum nabi isa =) . Semoga umur-umur yang dilalui diatas muka bumi ini dalam keberkatan dan ketaqwaan kepada ALLAH . Semoga menjadi hamba yang osem dimata ALLAH =) . Maryam , kita kena kuatkan walaupun kita rasa diri kita x kuatkan =), insyaALLAH demi dakwah dan tarbiyah =)




Monday, 13 May 2013

Tegurlah aku ya ALLAH jika ini yang terbaik untuk dakwahMU =)

me : miza ni emo ke ?
M : miza ni pentingkan diri ...

me : [silent]
M : eh x de la main2 je ~

me : x kesah punnn ...
perbualan dengan murabbiku di suatu petang yang indah =)

Dan hari ini aku ditegur direct oleh murabbiku ...
dan aku pasti ini adalah terguran dari ALLAH =)
pelik... sebab aku x rasa pun nak marah ...
mungkin sebab aku dah lama menginginkan diri ini ditegur ...
dan satu benda yang aku berazam dalam diriku semenjak aku join dakwah dan tarbiyah ini adalah aku ingin berubah , walaupun ia adalah satu proses yang sangat menuntut mujahadah dalam diriku ...
kerana aku hanya mengharapkan redha ALLAH dalam setiap langkah2 hidupku =`)
dan jazakillah hukhair kepada murabbiku kerana terus setia mentarbiyah diri ini dengan izin ALLAH. tegurkanlah aku kerana ALLAH kerana aku yakin teguran kerana ALLAH itulah yang akan mampu merubah seseorang kearah ALLAH .
semoga ALLAH terus bagi kekuatan kepada ukhti utk terus mentarbiyah hati2 umat diluar sana dengan izin ALLAH =)
ana uhubbukifillah ya ukhti MJ =)


Thursday, 18 April 2013

Trust HIS plan =)

" miza ni seorang yang suka senyum . first time mia jumpa miza , mia x sangka pun kita sebaya , bila mia tanye miza batch berapa , miza jawab miza batch 29 , pastu mia tanye second year la ni ? , miza jawab batch 29 refresher . dan muka miza masa tu tenang sangat , mcm sgt redha dgn benda tu semua . "

description salah seorang adik usrah ku tentang diri ini .
aku hanya mampu senyum , dan aku tahu semua mata adik2 usrah aku tertumpu pada ku .

" ALLAH bagi miza datang sini awal setahun dari korang , pastu ALLAH ambil 6 bulan je balik , insyaALLAH =) "

dan usrah malam tu sungguh banyak muhasabah diri.

perasaan yang sama ALLAH kurniakan kepada diri ini semasa berusrah bersama kakak usrah yang pertama.


" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Sungguh ALLAH berserta orang-orang yang sabar " -[2:153]

Friday, 12 April 2013

Akhawat OSEMMMM =)



Semoga ALLAH jaga kalian dimana pun kalian berada. Rinduuuu kalian kerana ALLAH =). Doaku supaya kita semua dipertemukan di syurga , insyaALLAH. #Akhawat osem GURU ; manipal , bangalore , mysore , karat , kolar , devangere , mangalore , belgaum =)

Tuesday, 9 April 2013

Masalah ukhuwah

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu ; " Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, setan itu (selalu) menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sungguh, setan adalah musuh yang nyata bagi manusia"-[17:53]

Semenjak balik dari GURU haritu , masalah ukhuwah datang dari pelbagai arah ,
diri sendiri mahupun dikalangan rakan2 sekeliling
yang lebih parah apabila ,
akhawat sendiri yg mencetuskan masalah atau
usrahmate sendiri yg cari pasal
dan dari pengamatan ku masalah ini bermula bila kita sendiri kurang sensitif dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita ....
ya mungkin kita akhawat ...
tapi x bermakna bole cakap x bertapis ...
kita sendiri diajar dalam gerabak dakwah ini untuk menegur orang secara berhikmah ...
dan aku pandang masalah ini tidak lain dan tidak bukan hanya akan menyebabkan lambatnya pergerakkan dakwah ini ...
mana tidaknya bila dah terasa dgn akhawat , mula la x nak bertegur sapa , nk bincang pasal gerak kerja dakwah pun jadi susah ...
Untuk akhawat semua , jika benar kita sayangkan dakwah ini , berusahalah yg terbaik utk memastikan kelancaran dakwah ini ...
Elakkan masalah ukhuwah dalam gerabak ini , cuba la sedaya upaya utk tidak mengguriskan hati orang lain sekalipun kita terpaksa berdiam diri demi menjaga hati sahabat kita. Jika ingin tegur , tegur la secara berhikmah , tidak perlu dgn kata-kata yang kasar ataupun dihadapan orang lain ...
Bagiku hidup sebagai seorang khalifah itu haruslah 24 jam , dari sekecil-kecil perkataan kita sehingga sebesar-besar perbuatan kita biarlahh ia mampu menyumbang dalam kelangsungan dakwah ini =)

selamat berlapang dada ukhti semua , semoga ALLAH redha dengan mujahadah kita ini =)

Thursday, 4 April 2013

hanya untuk ALLAH =)

"Kat memana pun , yakin laa yang ALLAH akan letakkan kite kat situasi yg akan buatkan kite lagi dekat dgn Dia " -Kak Shu

antara whatsapp kak shu tadi ...
satu perkara yang aku belajar dari kakak ini , merepek mcm mane pun dalam setiap conversation kiteroorg , dia mesti akan bagi satu ayat yang mampu buat aku berfikir . berfikir .

bila mana kita yakin setiap jalan yang disusuri dalam hidup ini mampu bawa kita dekat kepada ALLAH , sebenarnya kita telah meletakkan matlamat segalanya yang jelas hanya untuk ALLAH , sesuai dengan niat kita , buat kerana ALLAH =)

sweetnya ALLAH ni bila dia meletakkan kita dalam sesuatu situasi itu untuk nampak Dia , untuk ingat dkt Dia , untuk meletakkan segala penilaian dengan penilaian yang Dia redhai iaitu berdasarkan al-Qur`an dan sunnah .

dan semuanya akan kita tunjuk dekat ALLAH balik ...


" ALLAH hendak Memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia dicptakan bersifat lemah " -[4:28]

Tuesday, 2 April 2013

berlapang dada =)


ALLAH ingin didik hati ini untuk hilangkan segala attachment pada dunia
ALLAH ingin didik hati ini supaya tidak bergantung kepada manusia
ALLAH ingin didik hati ini supaya tidak terlalu sayang kepada harta dunia
ALLAH ingin didik hati ini supaya meletakkan 100% pergantungan hanya kepadaNYA

#one of my fovurite kakak dalam addeens masuk group usrah lagi satu. semoga ALLAH jaga dan tarbiyyah beliau dengan sebaik-baik tarbiyyah. i love you fillah =)




Saturday, 30 March 2013

Senyum =)

Satu prinsip dalam hidup ini , SENYUM walaupun kusut macam mana hidup anda ketika itu , masalah sebesar gunung everest sekali pun , at least dengan senyuman itu mampu menggembirakan/menceriakan hati orang lain biiznillah =) ,


Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Sesungguhnya antara amal yang paling disukai ALLAH ialah memasukkan kegembiraan dalam hati mukmin; iaitu melepaskan dia dari kesedihan , atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya atau memberi makan ketika dia kelaparan " . (Al-Baihaqi)





Friday, 29 March 2013

To my dear kak ecah

To my dear kak ecah ,
mungkin ecah x baca post ni , tapi nak tulis jugakk , heee
miza tau its hard for you ...
only ALLAH knows what you feel
only ALLAH knows what will happen next
only ALLAH knows your struggle
but believe me this is how ALLAH shows His love towards His slave
He wants to raised up your iman
He wants you to be among the choosen one
He wants you to enter Jannah with your mother .

Ecah , sebenarnya bila maryam update pasal kondisi mak ecah through whatsapp group usrah kiteroorg terus terang miza rasa sedih , perasaan yang miza jarang rasa sebelum ini . walaupun miza rasa banyak benda pun miza x tahu pasal ecah mungkin ini atas khilaf diri miza sendiri . tapi apa yang pasti , ecah adalah antara orang yang ALLAH hadirkan dalam hidup miza untuk belajar something from you . dan you know what , you are one of those yg ALLAH nk tunjuk dekat miza orang yang sangat kuat dan tabah dalam menghadapi ujian hidup . sebab miza yakin ujian yg hebat hanya untuk orang yang hebat =) .

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya orang soleh itu ditimpakan kesusahan ke atas mereka dengan lebih berat dan sesungguhnya seseorang mukmin itu tidaklah ditimpa kesusahan daripada cucukan duri, malah apa yang lebih besar daripada itu melainkan digugurkan daripadanya kesalahan dan ditinggikan untuknya satu darjat.”


Ecah , berbahagialah dengan ujian ini . Sungguh ALLAH sayang dkt umi ecah and insyaALLAH she are waiting for you to hold your hands and enter Jannah with you =)

#Al-fatihah untuk ummi ecah . semoga ALLAH tempatkan beliau dikalangan orang-orang yang soleh .

Wednesday, 27 March 2013

GURU ( Gathering Ukhuwwah Revive Ummah ) 2013


ukhti : miza suka warna ape eh ?
me : x kesah warna apa2 pun ok
ukhti : nahhh ... sambil hulur origami love dia
me : =)

antara dialog terakhir sebelum berpisah dgn groupmate masa program GURU sebelum masing-masing mengorak langkah balik ke locality masing-masing .

sebenarnye itu adalah task pertama kiteroorg waktu program ni , diajar utk buat origami berbentuk hati ...
sebelah kiri bentuk hati tu kena tulis first impression tentang salah seorang groupmate kita yg telah kita cabut nama dia atas kertas dan sebelah kanan hati tu  pulak kena tulis apa impression dia lepas habis program GURU tu dan bagi sebelum balik ...

love yang saya dapat dari seorang ukhti bangalore

sebelah kiri dia tulis :
-suka colour oren
-matang

sebelah kanan dia tulis :
-ada sikap kepimpinan
-suka share


rasa nak tergelak sebab dia tulis suka colour oren tu ...
sebabnya hari first mmg datang program pakai baju oren sampai la sesi riadah petang tu =)


dan bila dia ckp ade sikap kepimpinan tu terkejut sebab mmg bole nk dikatakan jadi bidan terjun laa time program ni  ...
sbnrnye atas suara majoriti saya kena jadi ketua kumpulan ...
nak di jadikan cerita dalam group  ada lagi 2 orang ( x termasuk saya ) akhawat manipal
sorang akhawat pi calon nama saya
sorang lagi kata cadangan ditutup
pastu akhawat yg berlainan locality lain sokong jee ~


tapi waktu tu hati saya ckp x pe miza , terima je la as tarbiyyah ALLAH utk sepanjang program ni
and i accept it ( for the first time sbnrnye , hihi )

sbrnye before saya nk pergi program ni , saya ckp dkt diri saya , ya ALLAH saya rela utk ditarbiyyah dgn ape pun cara =)

dan sebenarnye jadi seorang ketua ni adalah satu benda yg palingggg saye alergik sekali sejak dari zaman sekolah lagi ... tapi selalu terpaksa jadiii ...
dan it same goes to waktu GURU ni ...
cuma bezanya kali ini cara melihat sesuatu itu adalah dari kaca mata tarbyyah itu sendiri ... dan mungkin ini adalah satu proses kematangan dalam hidup ...

dan saya tahu menjadi seorang ketua ni perlu banyak ckp , perlu banyak share , perlu lebih menonjol dari yang lain dan benda itu adalah satu mujahadah buat diri saya ...

saya tahu saya sering kurang bercakap dalam usrah ... namun dakwah dan tarbiyyah itu memerlukan saya utk mengatasi kelemahan2 dalam diri ...

salah satu faktor yg menyebabkan saya kurang keyakinan diri utk bercakap dikhalayak ramai adalah cara saya dibesarkan ... ( x perlu kut nk share dkt sini ) ... tapi bagi saya , kurangkan judge org until kita tahu background hidup dia mcm mana ... dan raiekanlah perbezaan itu kerana bukan semua orang jalan hidupnya sama dgn kita ...

dan bila mana ALLAH memilih utk saya jadi group leader tu , apa yg saya faham adalah ALLAH ingin melatih diri lebih berani , lebih berkeyakinan diri , lebih sentiasa melontarkan idea , lebih galak untuk share segala ilmu yang ada ... sungguh mungkin hati ini sudah mula bersedia utk buat semua benda itu ... semoga ia bebas dari unsur riak x bertempat , bangga diri dan dari pelbagai penyakit hati yang lain ...

saya tahu dakwah dan tarbiyyah tidak memerlukan daie yg malu tdak bertempat , daie yg x bersedia untuk share ilmu ape yang dia ade , daie yang x berusaha bersunguh-sungguh dalam medan amalnya... dan ini semua akan menjadi mujahadah2 saya dalam medan ini ...

 Semoga ALLAH permudahkan segala urusan iniii ~ ^_^





Tuesday, 12 February 2013

Kurus sebab dakwah ? =)

Baru lepas date lunch dengan murobbi osemm =)
Dalam sembang punya sembang sekali terkeluar perkataan ni ,
" kena kurus sebab dakwah "
saya tahu perkataan tu amat mendalam ...
bila mana kita menggelarkan diri kita sebagai seorang daie ...
semua benda pun kena buat sebab dakwah ...
study utk kelangsungan dakwah
bergaul utk kelangsungan dakwah
even gosok gigi pun utk dakwah
kenapa semua benda pun kena kaitkan dengan dakwah ?
biar kita tahu yang dakwah itu bukan satu pekerjaan
bukan satu pilihan
bukan buat bila rasa nak buat
dan tinggalkan bila rasa tak nak buat
buat sebab itu memang tujuan hidup kita ...
KHALIFAH itu sendiri ...
kalau tidak masakkan Rasulullah saw sanggup utk redah semua rintangan dan dugaan dalam jalan ini ...
kalau tidak kenapa sahabat-sahabat Rasulullah saw sanggup mengifakkan harta utk jalan ini ...
kenapa dan kenapa dan kenapa ? ....
kerana mereka nampak JELAS tujuan hidup mereka =)

Thursday, 31 January 2013

Tinta buat kakak-kakak osem

For kakak-kakak yang akan balik malaysia for good =)
Mungkin  ada yang baca entry ni dan mungkin tidak ...
i just want to say all the best , selamat pulang ke medan dakwah mu yg sebenar ...
sedih sebenarnye setiap kali cuti mesti akan ada batch kakak2 senior yang balik ... tapi itu adalah lumrah pelajar perubatan disini ...
entah jumpa lagi atau tidak lepas ni ...
sesungguhnya perancangan ALLAH untuk bertemu dan berpisah dengan kakak2 hebat ini adalah sebaik-baik perancangan ...
teringat kata seorang kakak senior ...
" awak mesti kuat , kiteroorg dah nk balik malaysia dahh "
and always wish that i am strong like them...


                                                                      kak shu =)
ok and this one dedicate khas utk kakak yang telah berjaya buat saya terjebak dalam D&T dengan izin ALLAH, heee =)
kak shuuu =) , jazakillah utk segala ilmu , nasihat dan tunjuk ajar ... semoga ALLAH balas segala-galanya dengan sebaik-baik pembalasan =)
maaf atas segala kekasaran sama ada sengaja mahupun x sengaja ...
maaf atas segala kenakalan dan terpaksa membuat akak kejar sampai depan bilik , heee =)
dan sepanjang saya pegang adik , saya realise sangat banyak pengorbanan akak dkt kiteroorg semua , somehow  i wish i could do like you do to us to my adik ...( akk doakan ^_^)
dan satu perkara yang mungkin ALLAH dah susun utk saya dan usrahmate yang lain bilamana ALLAH nampakkan kekuatan akk dalam menjalani mehnah-mehnah dalam jalan dakwah ni ... 
even mungkin x nampak tangisan akak tu , but i know somehow ALLAH gives his hardest battle to his strongest soldier =)
akak , semoga ALLAH permudahkan segala urusan dalam jalan dakwah ni , selamat menempuh medan dakwah sebenar , i know ramai kawan-kawan akak tunggu akk dekat melaka =)
Semoga terus istiqamah dan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan disana =)
InsyaALLAH , will always sent doa from manipal .