Tuesday, 9 April 2013

Masalah ukhuwah

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu ; " Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh, setan itu (selalu) menimbulkan perselisihan diantara mereka. Sungguh, setan adalah musuh yang nyata bagi manusia"-[17:53]

Semenjak balik dari GURU haritu , masalah ukhuwah datang dari pelbagai arah ,
diri sendiri mahupun dikalangan rakan2 sekeliling
yang lebih parah apabila ,
akhawat sendiri yg mencetuskan masalah atau
usrahmate sendiri yg cari pasal
dan dari pengamatan ku masalah ini bermula bila kita sendiri kurang sensitif dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita ....
ya mungkin kita akhawat ...
tapi x bermakna bole cakap x bertapis ...
kita sendiri diajar dalam gerabak dakwah ini untuk menegur orang secara berhikmah ...
dan aku pandang masalah ini tidak lain dan tidak bukan hanya akan menyebabkan lambatnya pergerakkan dakwah ini ...
mana tidaknya bila dah terasa dgn akhawat , mula la x nak bertegur sapa , nk bincang pasal gerak kerja dakwah pun jadi susah ...
Untuk akhawat semua , jika benar kita sayangkan dakwah ini , berusahalah yg terbaik utk memastikan kelancaran dakwah ini ...
Elakkan masalah ukhuwah dalam gerabak ini , cuba la sedaya upaya utk tidak mengguriskan hati orang lain sekalipun kita terpaksa berdiam diri demi menjaga hati sahabat kita. Jika ingin tegur , tegur la secara berhikmah , tidak perlu dgn kata-kata yang kasar ataupun dihadapan orang lain ...
Bagiku hidup sebagai seorang khalifah itu haruslah 24 jam , dari sekecil-kecil perkataan kita sehingga sebesar-besar perbuatan kita biarlahh ia mampu menyumbang dalam kelangsungan dakwah ini =)

selamat berlapang dada ukhti semua , semoga ALLAH redha dengan mujahadah kita ini =)

No comments:

Post a Comment