Sebenarnya aku selalu lihat beliau penat ketika menyampaikan usrah , tapi masih lagi menguntumkan senyuman buat anak2 usrahnya ...
Doaku moga terus diberi kekuatan utk menyampaikan usrah pada kami...=)
Kadang-kadang aku selalu lihat beliau penat mengahadapi hari-harinya sampai terbongkang merata-rata kadang-kadang diatas lanatai , kadang2 di atas sofa ...
Doaku moga beliau diberi kerehatan secukupnya utk bekalan tenaga menyebarkan dakwah ...=)
Kadang-kadang aku selalu melihat , anak2 usrahnya yang seramai 11 orang berebut untuk qadhaya , sampai perlu mengalah kerana merasakan masalah akhawat lain mungkin lebih besar dan perlu diqadhayakan ...
Doaku moga beliau diberi kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang terbaik untuk dakwah ...=)
Kadang-kadang aku nampak kerisauan yang terpancar pada raut wajah beliau , risau memikirkan perihal anak2 usrahnya , risau perihal dakwah dan banyak lagi ...
Doaku moga ALLAH tunjukkan jalan keluar untuk segala kerisauan yang dialami ...=)
Kadang-kadang aku melihat air matanya tumpah dalam menghadapi mehnah-mehnah dalam jalan dakwah ini...
Doaku moga beliau diberi kekuatan jasmani dan rohani oleh ALLAH untuk terus menyebarkan dakwah diatas muka bumi ini ...=)
Sanah Helwa Ukhti Maryam Jinal =)
Semoga ALLAH terus beri kekuatan kepada maryam untuk mentarbiyah hati-hati diluar sana dengan islam . Kekuatan yang sama seperti ALLAH kurniakan kepada maryam ibu isa untuk mengahadapi segala mehnah dan cacian yang hadir dari kaum nabi isa =) . Semoga umur-umur yang dilalui diatas muka bumi ini dalam keberkatan dan ketaqwaan kepada ALLAH . Semoga menjadi hamba yang osem dimata ALLAH =) . Maryam , kita kena kuatkan walaupun kita rasa diri kita x kuatkan =), insyaALLAH demi dakwah dan tarbiyah =)
